Monday, October 26, 2015

DEWASA

Setelah dua tahun aku menyepi dari menulis di blog, entah kenapa hari ini aku terpanggil untuk kembali menulis. Sekejap je masa berlalu. Pelbagai benda yang aku lalui. Sesekali menoleh ke belakang, air mata mesti mengalir. Memilih untuk terus melangkah walau terasa pedih. Mungkin kerana aku telah dewasa. Jika mampu aku tunjukkan keadaan hati aku sekarang sudah pasti bentuknya sudah tidak sama dengan bentuk hati yang sebenar.

Jika beberapa bulan sebelum aku berhenti menulis; kisah aku banyak berkisar tentang seseorang yang sering bermain dengan perasaan aku. Dan kali terakhir aku menulis tentangnya, aku memilih untuk pergi darinya. Alhamdulillah. Aku berjaya lari dari bayang-bayangnya dan aku berjumpa dengan seseorang yang menjadi segala-galanya untuk aku.

Bermula dengan berkawan kemudian rasa kasih dan sayang itu pula yang muncul. Di awal persahabtan kami, aku sangat benci En. Y. Sehari kalau tak buat aku mengamuk tak sah. Tapi dari sehari ke sehari kami semakin rapat. Dia menjadi tempat aku meluahkan perasaan. Dia pendengar dan penasihat aku. Kali pertama dia kata dia sayangkan aku, aku sangat terkejut. Sebab dia tak pernah tunjuk, cuma masa tu aku rasa aku yang terhegeh-hegeh kat dia. Bila dia tanya perasaan aku terhadap dia semestinya dengan pantas aku mengaku.

Beberapa bulan pertama hubungan kami, aku masih meragui tentang kasih sayangnya. Mana taknya, sebelum ini aku kerap ditipu sehingga susah aku nak percaya semua. Tapi melihat kesungguhan dia, cara dia melayan aku, penerimaan dia terhadap kekurangan aku; dan aku percaya dia jujur terima aku apa adanya.

Sumpah aku cakap, aku bersyukur sebab Allah temukan aku dengan dia dan aku bahagia dengan dia. Dia buat aku rasa cukup.

Tapi mana ada hubungan yang sentiasa berjalan lancar tanpa selisih faham. Selama aku dengan dia yang hampir masuk tahun kedua, aku memang terlalu dimanjakan oleh dia. Apa yang aku nak mesti diturutkan. Tak kira cepat atau lambat mesti aku dapat. Aku cepat terasa dengan apa yang dia katakan. Aku pernah bertanya kepada dia "Kenapa awak terlalu manjakan saya, sekarang saya dah terlalu bergantung pada awak. Bila awak tak mampu nak ikut cakap saya mulalah saya mengamuk. Nanti awak jugak yang sedih". Jawab dia "Takpelah saya suka manjakan awak. Yang mana saya boleh turutkan, saya akan turutkan. Yang mana saya tak mampu, saya mintak maaf".

Dan sekarang aku berdepan konflik yang melibatkan hubungan kami. Disebabkan aku terlalu bergantung pada dia, lebih-lebih lagi bila melibatkan dalam membuat keputusan. Aku jadi stuck.
Aku jenis tak pandai nak bercerita dan aku tak pandai nak express perasaan sebenar. Aku cerita sedikit je pada dia. Air mata aku mengalir macam air terjun. Aku nak cerita sepenuhnya pada dia, aku takut dia stress sebab aku sudah banyak bebankan dia. Sampaikan aku pernah terfikir untuk tamatkan sahaja hubungan ini. Tapi seperti yang aku katakan tadi, aku terlalu bergantung pada dia sehingga aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa dia. Jadi aku pendam sendiri; pernah aku terfikir untuk lari sebab aku tak mampu nak buat keputusan. Baru je beberapa hari lepas aku cakap kat dia, aku nak lari. Dia suruh aku bersabar.

Aku selalu menguji kesabaran dia tetapi jarang sekali dia melenting. Cuma bila aku tonjolkan sikap kebudakkan aku baru dia melenting. Aku selalu ingatkan diri aku agar jangan terlalu kerap menguji dia dengan perkara-perkara begitu, mana tahu suatu hari nanti dia penat melayan aku mungkin dia akan pergi. Aku cuba tapi entahlah. Mungkin aku terlalu dimanjakan dan fikiran aku tak sedewasa usia aku.

Malam tadi, akhirnya dia kata dia penat dengan aku. Apa yang aku fikir selama ini jadi kenyataan. Bukan aku sengaja menguji kesabaran dia tapi aku terlalu stress. Kehidupan aku semenjak berdepan dengan konflik ni memang tak henti air mata aku mengalir. Sebelum tidur menangis kadang-kadang sampai tertidur. Celik mata menangis, tengah drive menangis. Air mata aku hanya berhenti mengalir waktu aku bekerja dan bila aku dengan En.Y. Sebab dia tak suka tengok aku nangis, dia kata aku manja sangat.

Dia kata dia penat dengan aku sebab aku selalu merajuk dan aku perlukan masa untuk rehat dan fikirkan tentang masa depan aku (boleh aku rumuskan sebagai 'this is the end of our relationship?').

Aku sudah cuba, kadang-kadang aku bukan merajuk. Bila kita berkomunikasi melalui mesej, apa yang ingin kita sampaikan dengan apa yang penerima baca akan berbeza. Tapi mungkin cara aku sampaikan salah. Entahlah. Aku tersepit antara masalah yang aku hadapi dengan perkara yang aku lalui. Aku hanya mampu berdiam kerana bimbang jika aku bersuara aku akan sakiti hati orang sekeliling aku.