Monday, February 28, 2011

Cerita tentang hati~

Bila bercerita tentang hati terlalu banyak benda yang ingin diperkatakan....cerita tentang rasa sayang, rindu, benci, geram, marah, dan pelbagai perasaan...kerana terlalu banyak sangat cerita, kadang-kadang kita sendiri tak mampu nak luahkannya..apa yang mampu kita lakukan adalah memendam rasa yang akhirnya akan memakan diri kita semula....

Susah sangat ke nk luahkan semua itu????

Rasanya nak luahkan mudah...tapi ada tak yang sudi mendengar....yang mampu memahami segala yang diluahkan...setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza...jadi setiap manusia mempunyai penilaian terhadap sesuatu perkara adalah berbeza...

Aku seorang yang suka memendam rasa dan disebabkan itu rasa yang dipendam memakan diri aku semula...bukan tidak mahu meluahkan tapi aku takut untuk meluahkannya...aku tidak ada kekuatan untuk meluahkannya...inilah yang terjadi antara aku dan A...segala yang aku tidak puas hati terhadap A aku pendam...kerana aku takut hanya aku yang merasakan itu...sehingga di saat dia mengakui kesilapannya aku hanya berkata "tak apa, saya faham"...sedangkan bukan itu yang aku ingin katakan...ada yang mengatakan aku bukan Anis yang dulu...Dahulu aku sangat berani meluahkan segala apa yang aku rasa...aku tidak fikir tentang apa yang akan orang kata tentang aku...tapi selepas orang yang paling aku sayang pergi meninggalkan aku...aku jadi takut...semakin hari aku semakin lemah..Aku semakin takut mengahdapi kenyataan...bagi aku kenyataan adalah sesuatu perkara yang sangat menyakitkan...aku lebih suka hidup dalam dunia khayalan yang aku ciptakan sendiri...aku sentiasa berhati-hati degan setipa perkara yang aku lakukan kerana aku takut ditinggalkan...YA!!!!! itulah kenyataannya... AKU TAKUT DITINGGALKAN...

Monday, February 14, 2011

Inilah kehidupan..(2)

Kawan, teman, sahabat~ apa perbezaan antara 3 perkataan tersebut???

Berbeza bunyi dan ejaan tp maknanya lebih kurang sama shj...Ada yg jujr berkawan dengan kita ada yang tak...ada yg ikhlas berkawan dengan kita tp ada juga yg terpaksa kawan dengan kita...
Carilah kawan yang sentiasa bersama berkongsi suka dan duka, susah dan senang, ketawa dan menangis...
Tapi sekarang susah nak cari kawan yang macam tu...ada tapi tak banyak...

Perlu ke wujud situasi di mana kita hanya mencari kawan ketika susah atau dilanda masalah???tapi jika difikir balik konsep sahabat atau kawan adalah berkongsi segala suka dan duka, ketawa dan menangis serta susah dan senang...jadi salah ke kalau kita meluahkan masalah kita pada kawan kita...mungkin ada sesetengah merasakan tindakan itu salah...tapi kenapa perlu ada konsep kawan ketika susah dan senang...

Tak adil rasanya jika kita hanya berkongsi kegembiraan, ketawa dan kesenangan sahaja...kita perlu balance kan...(dalam prinsip akaun pon debit kena seimbang ngan kredit..=_=')...kalau tak takkan lah SO7 boleh buat lagu sahabat sejati...

Kepada kawan2 saya,
Maaf jika kamu rasa saya seorang yang hanya mencari kawannya ketika susah...kerana saya tak berniat walau sedikit untuk menyusahkan kamu dengan mendengar masalah saya...tapi jika kamu merasakan bahawa saya menyusahkan kamu terus teranglah...walau bagaimanapumn ingatlah kita juga pernah ketawa bersama...terlalu banyak kegembiraan yang kita kongsi bersama....dan saya juga mampu untuk menjadi pendengar yang setia...saya sayang kamu semua...MAAFKAN SAYA!!

Sunday, February 6, 2011

Inilah kehidupan..

Hari demi hari pelbagai perkara yang aku lalui. Kadang2 ia terjadi tanpa alasan yang munasabah. Mungkin ia adalah salah satu pengajaran yang amat bermakna untuk kehidupan aku yang akan datang. Setiap hari aku akan mengalami pengalaman yang berbeza dari pelbagai aspek kehidupan sama ada kekeluargaan, sahabat mahupun percintaan. 

Semakin banyak perkara yang aku lalui semakin aku rasakan bahawa manusia yang Tuhan jadikan ini sangat menarik dan pelik (..termasuklah aku ni ha yang PELIK). Perasan atau tak orang yang paling kita benci adalah orang yang paling kita sayang dan orang yang kita jauhi sebenarnya adalah orang yang paling kita ingin dekati. Begitulah sebaliknya orang yang paling kita sayang akan jadi orang yang paling kita benci suatu hari nanti dan orang yang paling rapat akan jadi orang yang paling kita ingin elakkan. Mengapa begini ya???Tapi betul ke terjadi macam ni???

Mungkin~tapi tak semua. Melalui pengalaman yang aku lalui orang yang kita sayang akan terus kekal menjadi orang yang kita sayang walaupun ada perasaan benci kerana mereka pernah menjadi orang yang kita sayang. Mungkin sayangnya berkurangan namun sayang itu tetap ada. Tapi manusia semua berbeza. Aku berkongsi melalui pengalaman yang aku lalui. Semoga insan yang aku sayangi akan terus menjadi insan yang aku sayangi dan orang yang aku benci akan menjadi insan yang paling aku rindui. Begitulah seterusnya~ AMIN.

Friday, February 4, 2011

T_T

Aku ingatkan tahun baru mendatangkan banyak kebaikan pada aku, rupanya tak. Tapi tak semuanya buruk. Cuma yang buruk lagi banyak dari yang baik. Kadang2 sesuatu benda tu boleh buat aku tak mampu untuk berfikir dengan waras. Aku sesak dengan dunia aku sendiri.

Adakalanya aku rasa dunia aku kosong. Tanpa sesiapa di sekeliling aku. Seolah2 aku tidak wujud di dunia ini. Aku hanya wujud dalam dunia aku sendiri. Mencari sahabat yang benar2 memahami erti sahabat dan mencari kekasih yang mampu mengajar aku erti cinta yang sebenar.

Ada yang mengatakan aku ni pelik dan sukar untuk difahami. Hanya wujud seorang insan yang mengatakan bahawa aku ni tidaklah kompleks sehingga sukar untuk difahami. Kelemahan aku hanyalah terlalu berahsia. Aku tidak berani meluahkan apa yang aku rasa. Dan akhirnya akan memakan diri aku sendiri. Di situlah wujudnya ke'pelik'kan aku. Terima kasih kepada insan tersebut kerana memahami aku.

Salahkah aku memendam apa yang aku rasa???Aku mempunyai alasan yang tersendiri.
Setiap yang aku lakukan mesti mempunyai sebab. Aku tidak akan membuat sesuatu itu tanpa berfikir baik dan buruknya.

Kenapa aku memendam rasa??
Aku pendam kerana aku takut apa yang aku luahkan tidak sama dengan apa yang mereka fikirkan. Bila bercanggah maka pergaduhan dan pertelingkahan akan berlaku. Aku tak mahu semua itu berlaku kerana aku lebih mengenali diri aku sendiri. Seboleh-bolehnya aku akan cuba mengelak dari berlakunya semua ini. Sebab itu kadang2 aku dilihat seolah2 heartless.
Mungkin bersendiri atau berdiam diri adalah jalan yang terbaik untuk aku....