Semakin banyak perkara yang aku lalui semakin aku rasakan bahawa manusia yang Tuhan jadikan ini sangat menarik dan pelik (..termasuklah aku ni ha yang PELIK). Perasan atau tak orang yang paling kita benci adalah orang yang paling kita sayang dan orang yang kita jauhi sebenarnya adalah orang yang paling kita ingin dekati. Begitulah sebaliknya orang yang paling kita sayang akan jadi orang yang paling kita benci suatu hari nanti dan orang yang paling rapat akan jadi orang yang paling kita ingin elakkan. Mengapa begini ya???Tapi betul ke terjadi macam ni???
Mungkin~tapi tak semua. Melalui pengalaman yang aku lalui orang yang kita sayang akan terus kekal menjadi orang yang kita sayang walaupun ada perasaan benci kerana mereka pernah menjadi orang yang kita sayang. Mungkin sayangnya berkurangan namun sayang itu tetap ada. Tapi manusia semua berbeza. Aku berkongsi melalui pengalaman yang aku lalui. Semoga insan yang aku sayangi akan terus menjadi insan yang aku sayangi dan orang yang aku benci akan menjadi insan yang paling aku rindui. Begitulah seterusnya~ AMIN.
No comments:
Post a Comment